Sunday, February 28, 2010

ebay!!


Assalamualaikum

Sekarang saya tak boleh duduk depan lappy lama2, sebab mesti saya bukak ebay! haha. cannot tahan ok! =)

Tapi nasib satu kebaikan dia, suami saya pegang credit card! haha, so saya mmg tak boleh beli tanpa kebenaran dia !! haha , sbb credit card tu kena register PAYPAL. semua bayar kena guna PAYPAL. so mmg tgk jer la,wpun meronta2 hati tu nak kan =)!! credit card malaysia terperap dalam begduit, bukan boleh guna pon!! haha, ok2, syukur2, suami nak bagi pon cukup baik kan =)

So hari tu saya gatal pergi BID =) ahaha tgk2 menang ok! =) suami saya tgh tido, saya bantai kejut, takut dia marah, gatal pergi bid! =) hahaha



nak tahu berapa harga dia??


2 sen!!!!!

saya tak tipu! percaya lah =)





cover psp anak2 saya

nak tahu berapa?

59 sen!!!

ni suami saya tolong bid kan =) haha nasib dia dah setuju!! sbb saya bid 59 sen! tetiba outbid!! ada org bid 64 sen, haha tak kuasa saya nak bid 70 sen! haha kedekut gila kan? mmg pon!! haha , ehh bukan kedekut, jimat2, mak saya balik ni beli rumah lagi, duk sana jimat2 sikit, ni dah terbukti jimat ni ma! haha. sbb hari tu saya nak beli kat FUTURE shop, dia jual 10 cad, kawan saya beli 10 cad gak, erghhh 2 dah 20, saya tunggu dulu, sbb ingat nak balik cuti ni, baru nak beli, sbb nak bagi anak2 tgk dalam flight nnt kan. alhamdullilah dapat 59 sen je =) sbb takde cover ni bahaya, aiman campak2 nnt calar2, sayang!! saya beli satu biru, satu pink =)



batery canon suami saya =)

Hari tu saya ada tulis, suami nak beli bateri baru sbb tension time2 amik gambar, bateri habis kan, so ktorg b4 gi egypt tu, tgk kat kedai 70 cad satu!! terus letak balik, haha gilos, mmg ada duit, tapi nak keluarkan 70 utk bateri jer, hmmm nnt la dulu, tunggu stabil =)

so suami saya pon gatal search benda ni, tgk2 2 bateri ni cuma ...

26 cad!!!

murah kan?? sbb baru lagi!! NIB (bew in box) pastu dapat 2 pulak tu =)

now bateri camera saya insyaAllah akan ada 3!! yahooooo =) makin i suka letak gambar banyak2 dalam ni walaupun anda tension tgk =) hahaha.

ebay2!! hp bb adik2 saya pon beli kat ebay! barang2 dia ada org guna, ada yg baru, ada yg kena order =) so mmg ralit giler kalau duduk depan ebay ni =) mmg takleh bukak kalau suami ada, tekanan dia sbb saya tak layan dia dan anak2 =) haha, syukur2 kad suami saya pegang, kalau tak balik, bawak balik barang2 ni jer la, simpanan takde terus! haha , ada hikmah suami tak register PAYpal kad kad bank saya =)


hari kasih sayang


Assalamualikum

Ni gambar dua hari lepas kalau tak silap saya =) sorry lambat update, ni semua salah suraya akhbar, sbb dia ajar upload banyak2, jadi saya mmg ada lebih 10 entry , semua gambar jer, tak tulis jer =)

so bila dah banyak, tulis pon jadi sikit la kan =) haruslah malas, dikala lepas lunch! =) tetiba mata mcm ngantuk gilos time update ni, haruskah saya lari ke bilik? Aiman sudah tido, nasi dan lauk sudah masak, rumah sudah kemas, dapur sudah bersih ! =) so mcm ya jer kan =)

Jom tgk gambar2 dorang dua main sama2 =)



mula2 main sama2 =)




takpelah =( kakak tak nak share blok! =( adik merajuk




mana lagi colour yellow ni!




mama tlg kakak mama? tlg kutip semua blok2 ni, kakak nak buat rumah




kesian anak angkat aiman =) mereka dipinggirkan pagi tu =)

baru jer aiman habis mengamuk2, nangis2 sampai muntah sbb nak tgk tangan dalam buku abc. dia kata tu tangan baba dia, eh jari, dia nak pegang jari baba. dia suruh baba dia balik. over giler kalau saya call suami suruh dia balik kan =) last2 saya pujuk, dia mengantuk rupanya, mcm2 la tak kena. Yang paling tak tahan tu, dia campak botol sekuat hati, sbb tak puas hati puting bocor!! haha sendiri buat sendiri mengamuk! =) yg beli hari tu 2 dah bocor =)

Pagi tadi habis dia campak remote kena kaki saya, sakit jugak, sbb saya skype, bila call tu, mak saya tak anagkat! terus dia campak remote tepi dia tu ! menangis cakap, makkkk tan angkat!! mak tak angkat!! kecohkan? tak tahu keturunan sapa suka campak2 barang ni!! =)

tolong atau mengacau ?


Assalamualaikum

hehe sempat lagi update satu entry =) sbb dah 1030, tapi sbb maryam kan tido dgn baba dia, dia belum tido, mmg dalam kol 1o ke atas dia akan paksa baba dia baring sebelah dia sebelum tidur =)

dia siap cakap....

" baba baring tgk tv, jangan tutup mata"

haha adakah baba dia asal terbaring jer terus terlelap ??

jawapan dia YA!! =) haha tension kalau tgh berbual2 mesti dia zzzzzz, bila tanya mesti, taklah, taklah, tgh fikir, tapi dah dengkur !! =) hahaha , nak marah pon tak jadi, sbb alasan dia takleh terima lansung! =)

ok, no cerita apa yg akan berlaku tiap2 pagi kalau baba gi uni pukul 10, kalau budak2 dah bangun,kalau baba pergi pukul 8, baba jer bgn, saya lepas buat bekal, i belasah zzzzz balik =)

Tiap2 pagi aiman akan bagi kasut kat baba dia , ikut jer mana baba pergi, sbb nak bagi kasut, sbb dua2 anak saya suka dgn pujian!! dorang mcm happy kalau ktorg puji kerja dorang buat =)


Aiman tolong baba ikat tali kasut =)




princess dtg jugak, sbb mana ada camera, disitu princess ada =)




gaduh sebab dua2 nak ikat tali kasut baba =)




biar adik buat belah ni lah! kakak so sibuk!




susu tetap dimulut =)




suami sudah tension!

Nak tahu kenapa suami saya tension?

Sebab setiap kali ikat, anak2 akan tarik!! kadang2 suami saya mcm takut, haha terpaksa berdiri nak lari, kadang2 anak saya sempat tarik jugak! time tu suami saya akan marah la, haha sbb kena duduk balik dan ikat =) kelakar tgk suami saya marah, sbb anak2 tak faham yg baba dia marah sbb buka tali tu, dorang ingat baba suka dorang tolong =) tapi takde lah suami marah betul, cuma ckp, no aiman! no mayam!

saya sungguh best tgk kawan2 saya mengandung =) rasa mcm nak mengandung lagi, kalau duduk malaysia, dah nak due anak ketiga kot! haha. i mengandung beranak takde masalah, Alhamdullilah setakat, cuma nak pantang duduk rumah tu yg borink!!!! kalau mengandung mmg boleh, tapi tambang balik malaysia, so mahal!! sementara muda ni kan =) takpelah, kena tunggu 4 tahun lagi . Apa yg dirancang oleh saya maybe sudah diaturkan yg terbaik oleh Allah =)

baba mana? =(


Assalamualaikum

Speedo2, hehe sorry korang, hari ni suami saya ada kat rumah dari tghari =)

so blog sedikit terbengkalai yer adik2 =) ni pon dia bangun nak minum air panas jap =) so saya cepat2 siapkan satu entry, dia bukan belajar, tapi dia duk fb jer, biarlah, dah banyak hari dia study, kesian pulak, tapi tadi , time saya tido, dia depan ni lagi, tapi time saya tido tu, saya dengar dia dengkur kuat giloss =) anak2 dua2 tido dgn saya tengahhari tadi =)

Ni gambar pagi semalam =)



time ni baba dia gi basuh baju, terus kakak baring atas kerusi! rindu lah konon!




pastu saya dgr cementot ni bangun =) panggil2 mama suruh teman dia nak keluar, dia sorang2 dalam bilik =)




dia tak larat angkat badan dia =), terbaring balik, bukan tido tu =)




mama pegang tgn adik mama =(





excited la baba dia ada time dorang bgn, selalu tak sempat tgk, tgk anak dara i =)









menunjukkan kepandaian boleh panjat kat baba dia =)

heh sungguh tak best update blog laju2 ni =) bukan suami saya mintak, tapi tak seronok pulak, dia kat rumah, saya duduk depan lappy kan =) dah la dia jarang2 kat rumah =) ok, kalau sempat saya update lagi k =) maybe malam2 sikit kalau dia tak guna

saya mahu panaskan makanan budak2 utk dinner =) anak saya wajib nasi! kalau tak mesti remind saya berpuluh2 kali esoknya nak nasi =) macoroni tak jalan sgt dah sekarang =) ayoooo very tekak melayu =)

milo!!

Assalamualaikum

Saya tak ingat gambar ni dah letak ke belum =) abaikan kalau sudah yer adik2 =)

Time ni saya kemas beg2 dari egypt, lepas tu terjumpa milo 3 in 1 ni =) saya letak tepi, haruslah petang tu saya tido, time ni hari ahad kot. so suami saya ada kat rumah .

Tgk2 kakak dah duduk kat dapur sorang2, duduk ratah milo 3 in 1, siap amik gunting potong sendiri lagi =)

Ni semua gambar semua saya snap, so saya letak jer la k =)



nikmatnyaaa dapat ratah milo ni =)



alamakkk kantoi baba nak pergi dapur nak amik air



tq mak bagi kita milo 3 in 1 banyak2 =)




tgk stokin kita, sebelah lagi hilang =)




dahla baba, kita boringla dgn camera ni




baba, pls jgn bgtahu mama k? nnt kita kena marah =(




ok kita habiskan cepat2 k sblm mama bgn =) , tq baba simpankan rahsia =)

ok, saya rasa hari ni saya takleh update byk kot, pukul 1 suami saya sudah pulang!! nasib dah siap masak =) dia letih sgt lepas exam, dia nak balik utk zzzzzzz . so lepas ni mesti dia nak guna lappy dulu =) so time dia tido jap lagi, saya update k! kalau saya tak tido la =) hahaha. i mmg tghari ni biasa zzzzz =) ngantuk la! =)

adik hencemmm mama


Assalamualaikum

Aiman sejak ada specs baru ni, dia kejap2 pakai dan suruh saya dan suami puji diacakap dia hencemmmm . =)

Ni lah akibat kalau banyak gambar, tapi idea nak menulis dah takde =) haha

Saya upload gmbr ni petang semalam, tapi hari ni baru nak menulis =) takde idea atau saya belum breakfast, pukul 1 tghari dah ni. lapar giler .



hencemm tak adik ? =)




baru bangun tido dah nak bergaya =) org mandi lah dulu




malu lah mama, adik tak mandi lagi, nnt takde org nak adik =(




last k mama snap, kita tak selesa dah ni, pampershh kita dah berat ni =(

Tadi pagi saya skype dgn mak saya, tapi lepas skype haruslah saya jawab segala soalan2 mereka, dorang nak swimming la, nak balik malaysia nak main dgn sepupu2 dia , napa ayoh tak pakai baju, napa hp mak sama dgn nini. satu hari soalan2 berkaitan keluarga saya kat malaysia saya kena jawab. setengah jam lagi tanya lagi, baba dia balik tanya lagi =)




kerja dua kali!!

Assalamualaikum

Alhamdullilah, suami saya baru dapat result exam dia tadi =) sudah dijangkakan =) congratz sayang, so hari ni satu lagi, tapi dia sms tadi, dia kata dia boleh buat =) alhamdullilah, tapi kita tunggu jer keputusan dia nx wk. nnt saya tulis bila dah tahu =)

Ni gambar2 semalam, saya dah tido dgn aiman, mmg tahu, maryam akan tido lewat sejam, tapi saya mmg pukul 2 ptg tu, mmg tak larat yg amat nak bukak mata =) sorry mayam =)

Tapi saya akan pastikan semua tingkap double lock, and gas2 and pintu bilik air ditutup. mmg pintu bilik pon saya tutp, jadi dia main dalam bilik jer, tapi takdelah saya tido mati tu =) mmg sedar dia panjat2 tu =) tapi pintu bilik mmg dia boleh bukak la =)

saya time tido tu dgr dia bukak almari baju , mmg biasa dia akan buka drawer yg paling bawah sekali, sbb tu semua dress2 dia =) dia mmg suka berangan time saya tido, yg pasti bila saya bangun baju dia pasti dah tukar! =)

tetiba time dia buka almari tu, habis baju sebakul tu jatuh!! erghhhh tambah lagi kerja i =)




haaaaa kena lipat balik!! potong duit maryam, atau suruh baba bayar extra gaji bulan ni =)




sampai kosong bakul ni, dari sepenuh2 tidak !





merajuk sbb saya marah ! saya suruh keluar bilik! mesti nini marah =)





yg ni tetap lena walaupun kakak kena marah




terus tido 5 jam! tgklah baju2 dia pakai, baju kurung dgn tracksuit adik dia

Actually dia ni, pagi tu bangun pukul 6, sbb malam tu dia tido sekatil dgn baba, baba dia time dia tido , baba dia keluar senyap2 gi study, so pagi tu, dia ingat dia tido sorang, selalu saya ada dalam bilik, saya cakap jer saya ada sebelah, tapi hari tu saya masak bfast suami saya, hehe anda faham ker ayat saya? whateva la =)

tu yg semalam dia pengsan time ptg, terawal sikit terus pengsan, haha selalu kol 11 pagi =)


Apa saya makan hari ni


Assalamualaikum

Nak tgk apa saya makan hari ni?

Hari ni saya malas nak asak nasi, so saya masak........






soto =)

sorry lah, tu saya makan pukul 4 tadi, so saya malas nak hidang utk blog, sbb nnt balik suami saya nak kena hidang panas2 punya, haha nnt saya kena tuang balik dalam kuali, maaf yer, saya mmg pemalas =)

Tgklah soto saya yg boring tu, saya tak suka daun sup , daun bawang, bawang goreng dalam soto tu , saya cuma suka, kicap cili, bergedil NL, dan ayam =) bergedil NL tu sbb nurulliyana suka, setiap kalai bergedil saya ingat dia, so saya panggil la bergedil NL =) dia tgh sakit belakang time saya tulis entry ni, hehe sian dia =) semoga Allah beri balik nikmat sihat utk awak =)

Hawanisss, ni pon utk awak! hahaha, saya ingat mak saya je nak tgk apa saya makan hari ni =) hahaha, ada gak org suka apa saya makan hari ni! haha, sorry la simple, sbb saya tak reti masak sgt =)


doktor dan pesakit =)


Assalamualaikum

Maaf, saya tak ingat entry ni pernah keluar ke belum! saya rasa mcm pernah, tapi kenapa saya tak delete gmbr2 ni!

ni semua salah suraya akhbar, sbb dia yg ajar upgrade blogspot, jadi saya pon upload byk2 sementara saya buat kerja rumah . hehe tetap selitkan nak tunjuk rajin =)

gambar ni sebulan lepas kot, tapi saya yg snap, maklumlah gmbr yg kurang cahaya ni semua saya yg snap, hehe tak reti lagi guna camera =)

Time ni kakak jadi DR. , aiman jadi pesakit, haruslah bila aiman jadi pesakit, dia kena baby2 tu kan =)



DR MARYAM cuba memujuk aiman dgn thomas. sbb aiman taknak main DR2 ni =)




DR MARYAM cuba memujuk2 aiman dgn menepuk2 supaya jgn bgn =) dia nak check





kakak, adik nak main thomas! taknak lah main Dr2 ni, mcm girl ok!




sabarlah adik, kakak besar nak jadi Dr. ! kakak kena praktis dari sekarang





adik cuba utk bangun, tapi kakak masih pujuk =)




last2 adik kasi kakak check perut dia 5 minit jer, dia tiru DR Azizi yg check asthma Aiman

Last2 saya suruh main kat luar, sbb saya mahu sapu bilik dan masak =) bila keluar, dorang sambung main thomas =) kakak terus check botak dia =) sihat ke tak hari ni botak kakak? aunty suraya pon dah tanya napa botak kakak selalu sakit tu =)


sebelum dan selepas =)


Assalamualaikum

Hari ni saya tak tahu kenapa rumah saya bersepah yg teramat2 , maybe semalam malam saya malas nak halang anak2 saya main kot, so pagi ni , anda rasakan =)

ni sorang lagi, rumah depan saya ni asal hari minggu jer, jadi rumah kebajikan!! habis segala rakan2 dia dia bawak sampai malam, ahad pon ada lagi, terjerit2, atas asyik jatuh barang! tapi rumah depan ni agak tension jugak kadang2 kalau hari minggu. Takpe2 Aimi, sabar, 3 tahun jer lagi duduk canada, pastu bye2 canada =) Hello malaysia =) berangan jap! haha

nak tgk keadaan rumah saya?




mcm pusat asuhan kanak2 pon ada! sakit moto eden nengok





ni duk jalan2 satu rumah, kira berapa pusingan! takpelah , kurus sikit =)

time tu saya takleh vacuum, sbb suami saya mahu tido setengah jam, dia letih sgt,so saya pon jaga anak2, over la pulak kalau saya nak vacuum kan =)

so lepas dia bangun terus saya vacuum

nak tgk hasinya?







bersihkan? =)

Motif entry ni hanyalah mahu menunjukan diri ini rajin!! hahaha.

Mana tahu dapat ip**** dari suami ker? =) hint baru!! hahaha 5 series dah melepas =)