Tuesday, October 6, 2009

sekarang mcm2 bencana yg berlaku kan..subhanALLAH.. saya akui kebesaran Allah itu..tp ssaya juga kadang2 tak faham mengapa sesetengah hamba2 Allah masih tidak nampak ?? bkn bermakna saya ni baik ke apa..tp tiap2 bencana itu kalau kita menghayati n menginsafi akan membuatkan kita lebih dekat kepadaNYA..

Alhamdullilah, sejak saya ke sini, saya makin dekat kepadanya dgn muhassabah diri dan membaca ttg agama dan saya rasa ddikan dan dorongan suami serta jauh dari keluarga membuatkan saya ingin buat yg terbaik utk bekalan akhirat, suami dan keluarga saya..mungkin juga saya byk masa =)

saya pon serba salah bila buka FB sepupu saya sendiri amik gambar ntah apa2, dgn botol arak keliling, subhanAllah..kawan2 saya dgn pakaian sebegitu seksi..maaf..selagi saya tidak menegur, tanggungjawab masih ada di bahu saya, dan saya perlu menjawab soalan itu di akhirat kelak..tp demi menjaga sebuah persahabatan saya diamkan sahaja.. saya sygkan kawan2 saya tp sbg org islam saya juga perlu menegur..yaa, pakaian saya juga belum tutup sepenuhnya, tp saya masih cuba dan terus mencuba ke arah itu..doakan juga saya supaya doa suami saya utk saya menutup aurat sepenuhnya terlaksana suatu hari nnt =) sooon baby soon =) amin ..

Ya Allah, sebagai hambaMU yg kerdil lagi hina, aku memohon kepadaMU supaya tetapkan lah imanku,redhakan aku hidup dimuka bumi MU ini dan bukalah hati aku dan juga saudara sesama islamku supaya menjadi hamba2 Allah yg sgt setia dan mencintaimu lebih dari aku mencintai suamiku dan ahli keluargaku...


maaf kalau suatu hari mungkin saya melakukan kesilapan dan anda akan cakap tulis kat blog bkn main, saya sbg hamba Allah yg tidak boleh lari dari kesilapan! cuma kalau saya tidak sedar, saya sedia ditegur oleh anda semua, cuma saya berdoa agar Allah dapat melindungi dan membina benteng di hati ini daripada saya melakukan perkara2 yg dimurkai dan bibenci olehNYA


assalamualaikum

No comments:

Post a Comment