Tuesday, October 27, 2009

minat yg pelik...

cuba korang click sini .... mcm2 islam zaman skrg.... giler tak giler la..serius memalukan islam sungguh..islam itu indah, kenapa kita harus mengotorinya???

mmg dalam islam tidak larang kita membela anjing, tp bkn sampai membelai mcm tu sekali...

4 comments:

  1. Luaskan minda jgn belenggu memikiran awak yg sempit itu.

    ReplyDelete
  2. yang saya faham, islam tidak melarang kita membela anjing - memang boleh untuk tujuan tertentu seperti memburu, menjaga keselamatan dan lain-lain. tetapi anjing perlu berada di luar rumah, tetap tidak boleh masuk ke dalam rumah kediaman kerana adanya hadith yang menunjukkan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan patung/gambar. menurut para 'ulama yang mensyarahkan hadith tersebut, malaikat yang tidak boleh masuk adalah malaikat yang membawa rahmat. sekiranya malaikat rahmat tidak boleh masuk, pastinya yang boleh masuk itu bukan yang membawa rahmat (atau syaitan). saya kurang setuju dengan pandangan anda yang membuat tafsiran sendiri kononnya anjing dalam hadith tersebut ialah anjing kurap atau lain-lain kerana Rasulullah s.a.w. cuma menyatakan anjing, jadi termasuk mana-mana anjing. bahkan menjadi kebiasaan untuk anjing pada zaman Rasulullah untuk lalu-lalang di masjid dan rumah sehingga adanya suruhan membasuh pinggan yang dijilat anjing 7 kali, satu dengan tanah tetapi ini tidak bermakna bolehnya anjing dibawa ke dalam rumah. analogi saudara tentang rezeki yang saudara terima untuk menyangkal dakwaan malaikat rahmat tetap masuk tidak tepat, kerana keadaan hidup yang mewah tidak semestinya menggambarkan rahmat Allah semata-mata, ramai yang dilaknat tetap mendapat kesenangan di dunia seperti Firaun, maharaja-maharaja yang zalim dan lain-lain.

    Hadith mengenai pelacur masuk syurga kerana memberi anjing minum betul, tetapi tidak boleh dikhaskan kepada anjing. ia merujuk kepada apa-apa perbuatan membantu haiwan yang lahir dari perasaan hati yang tulus pasti dosa akan diampun, jangan lupa ada juga hadith seorang wanita yang masuk neraka kerana membiarkan kucing mati kelaparan.

    saya tidak membantah minat saudara membela anjing, tetapi patuhilah panduan membela anjing yang ada dalam agama. kita menyokong peluasan pemikiran, tetapi biarlah dibatasi syariat agama - jangan luas tanpa batasan.

    ReplyDelete
  3. apabila Rasulullah ditanya mengenai bekas jilatan kucing, baginda mengatakan ianya suci dan kita boleh makan minum darinya - tetapi bila ditanya mengenai bekas jilatan anjing, baginda suruh basuh 7 kali, sekali dengan tanah. sepatutnya ini menjadi panduan mudah adanya perbezaan dari segi bersih atau sucinya anjing dengan kucing yang berkeliaran di rumah.

    hanya anjing pemburuan dikhaskan - di mana Rasulullah membenarkan kita makan hasil pemburuan (gigitan) anjing tersebut kerana anjing pemburuan, apabila menggigit untuk tuannya berbeza caranya dengan menggigit makanannya sendiri.

    ReplyDelete
  4. kadangkala kemewahan dan kesenangan yang kita kecapi bukan rahmat sebaliknya laknat dari Allah, rujuk al-An'aam ayat 44. semoga kemewahan dan kesenangan saudara dan saya bukannya laknat Allah.

    ReplyDelete