assalamualaikum
pagi ni lepas buka email terus buka utusan .. agak terkejut jugak bila 4 lagi kematian h1n1... mmm saya agak kurang bersetuju dgn hospital kerajaan punya cara..hehe mungkin juga abg saya akan membangkang sbb dia kerja hospital kerajaan =) tp mmg saya kagum cara DR kat hospital kerajaan layan 80 pesakit sblm 1 ptg..tabik kat dorang =) saya tak kata servis dorang teruk..sgt ok..
cuma bila pesakit tu dah ada semua simptom h1n1 mereka tak kan buat swine test tu..bila dia dah melarat n tak lalu makan baru dorang tahan n check. pada saya itu dah terlambat! sbb penang ni susah, hospital swasta takde yg buat ni..tapi sibuk tiap2 hari beritahu kat berita yg ada simptom jer terus pergi..percayalah, adik dan anak2 saya pergi, mereka tak akan check pon! selagi tak confirm ada close contact dgn pesakit h1n1.. mengong.. lain kali cakap la awal2! dah parking like H*ll punya susah kalau gi hospital kerajaan ni.. mmg la kos ujian ni mahal, tp kalau boleh dikurangkan rasuah di kalangan pemimpin2 msia ni, mungkin msia tiada masalah utk membendung h1n1!
saya juga sudah rasa sedikit cemas sbb daripada 4 kematian harini 3 jer kanak2! yer mungkin org cakap, malaysia ni kelam kabut , UK semua ok jer, jalan tak pakai mask, airport takde screening test.. ntah, sbb saya yg mengandungkan anak2 saya..jadi saya akan melindungi mereka..sekarang baru percaya cakap ibubapa saya jgn bwk anak2 pergi public punya tempat.. sbb salah satu kes budak tu ada lelah yg kronik, anak saya tak la kronik, tp ketegori teruk juga..dia tak boleh selsema sedikit pon, pasti lelah..
ntahla, saya punya pendapat, wpun anak saya demam sikit, saya akan terus gi hospital utk buat swine flu test..wpun terpaksa byr rm 150.., tutup mata jer la bayar kan, tak kan semua benda nak berkira pasal kesihatan! saya tak akan tunggu sampai anak saya tak bermaya dan tiada selera baru terhegeh2 gi hospital ...di sini baru saya sedar kepentingan insurans! tq en suami sbb amik kan ktorg insurans kesihatan..serius worth it! sbb sekali aiman masuk hospital jer 5000 tu sudah pasti =) en suami dengg itu kena 6000, maryam n aiman hari tu 3000 lebih kot ..tp ktorg byr 1400 jer setahun utk 4 org .. saya ttp akan suruh en suami byr insurans sampai bila2 sbb kos hidup skrg sgt mahal terutamanya bila anak2 sakit..
ya Allah lindungi lah aku sekeluarga daripada virus2 bahaya ni kerana kau maha melindungi hamba2 mu yg lemah ini.. amin
assalamualaikum
Wednesday, August 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment